Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sekurang-Kurangnya 43 Terbunuh Nahas...

PUISSEGUIN - Sekurang-kurangnya 41 orang termasuk warga tua yang berada dalam sebuah bas...

BERSIH 4.0: Tentera Campur...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan masuk campur tangan dalam menangani perhimpunan BERSIH 4.0...

Pengundi Sungai Besar Digesa...

SUNGAI BESAR - Pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar digesa balik mengundi pada...

Pantau Ucapan Berbaur Kebencian...

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan...

Rakyat M’sia Bekerja Di Yaman Diminta Berdaftar Dengan Kedutaan

MARAN – Kementerian Sumber Manusia meminta rakyat Malaysia yang bekerja di Yaman supaya segera berdaftar dengan pihak Kedutaan Malaysia bagi membolehkan bantuan disalurkan jika berlaku sebarang kecemasan.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Muttalib berkata, sehingga kini pihak kementerian masih belum memperoleh jumlah sebenar rakyat Malaysia yang bekerja di negara bergolak berkenaan.

“Kementerian tidak dapat menganggarkan bilangan rakyat Malaysia yang bekerja di negara Yaman kerana ada yang tidak berdaftar.

“Sehubungan itu saya berharap mereka dapat menghubungi atau berdaftar dengan kedutaan dengan segera bagi membolehkan bantuan diberikan jika pergolakan dan peperangan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan derma bakti kepada pelajar dan baju jaket khas kepada 80 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sini hari ini.

Berhubung pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran berkata, menerusi kerja berpasukan, kawasan itu akan dapat dipertahankan Barisan Nasional (BN).


Beliau yakin calon yang akan dipilih BN untuk bertanding dalam PRK itu, sekiranya diberikan mandat oleh pengundi di kawasan itu, mampu meneruskan legasi penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April, pengundian awal pada 30 April dan hari pengundian 5 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak enam penggal lepas apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori