Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Usah Bebankan Bakal Suami...

KANGAR - Ibu bapa atau waris kepada bakal pengantin perempuan seharusnya tidak membebankan...

Antara Tok Mat, Media...

Penulis berasa mahu terkejut membaca berita Datuk Seri Mohamad Hasan bersetuju bekas Perdana...

China Malukan Rakyatnya Yang...

Beijing - Pihak berkuasa China semalam menama dan memalukan empat rakyatnya berhubung kejadian...

Tiga Pemimpin Parti Politik...

KOTA KINABALU - Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes...

Rakyat Malaysia Mendoakan Kejayaan Faiz Di Zurich

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak tempatan seakan tidak sabar menanti detik bersejarah menyaksikan kelibat finalis Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri berdiri di pentas anugerah bola sepak paling berprestij itu.

Berbaki dua hari sebelum anugerah yang dijadual berlangsung pada 9 Januari ini di Zurich, Switzerland, rata-rata netizen di media sosial tidak putus memberikan sokongan serta mendoakan kejayaan beliau meraih anugerah berkenaan.

Lebih manis lagi, pencalonan beliau itu merupakan detik istimewa dalam lipatan sejarah bola sepak Asia apabila menjadi pemain Asia pertama berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik bagi anugerah berkenaan.

Seorang pengguna aplikasi Twitter, @RichmanHazim berkata: “Tinggal 2 hari sebelum Anugerah FIFA 2016, tak sabar nak melihat gol Faiz Subri diumumkan sebagai juara. Sangat bangga!”

“Faiz Subri adalah kebanggaan Malaysia, marilah kita beramai-ramai mendoakan kejayaan beliau di anugerah FIFA 2016 nanti,” demikian kata Siti Norasah Ahmad dalam entri akaun Facebooknya.

Kalangan netizen juga tidak ketinggalan menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk terus mengundi jaringan ‘ajaib’ Mohd Faiz itu bagi membolehkan beliau meraih anugerah tersebut.

Seorang lagi pengguna twitter, @fuad_hahaa berkata: “Selangkah lagi untuk mencipta sejarah, ayuh rakyat Malaysia undilah Faiz Subri untuk Puskas FIFA Award!”

There are three finalists and Faiz Subri is one of them. Come on Malaysian, do something for your country! (Terdapat tiga finalis dan Faiz Subri seorang daripada mereka. Ayuh rakyat Malaysia, lakukan sesuatu untuk negara anda) demikian tweet @dayangsuhana_.


Sementara itu, Mohamad Arif dalam entri akaun Facebooknya berkata: “Ayuh… usah biar sejarah berlalu pergi tanpa usaha dan keringat, mari undi untuk Faiz Subri.”

Gol ‘ajaib’ Mohd Faiz itu bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak tempatan, malah turut membuka mata peminat bola sepak seluruh dunia, ia dibuktikan apabila video gol pencalonan tersebut di laman YouTube terus mendahului dua pesaing utamanya.

Setakat 2.30 petang ini, video tersebut yang pertama kali dimuat naik oleh FIFATV pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan apabila ditonton 2,325,881 pelayar seluruh dunia.

Jumlah tersebut meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (1,446,880) dan pemain wanita, Daniusa Rodriguez dari Venezuela (1,137,040).

Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang untuk mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum nama pemenang diumumkan pada 9 Jan ini berdasarkan undian yang dibuat seluruh dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori