Rakyat Malaysia Kutuk Kekejaman Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mengutuk rejim Amerika Syarikat (AS) dan Rusia kerana membenarkan kekejaman berlaku ke atas umat Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gaza kini sekali lagi diserang jet tentera zionis Israel yang memusnahkan kediaman dan kematian orang awam.

Manakala, kata beliau, laporan Local Coordination Committee (LCC) mendedahkan lebih 500 rakyat Syria terbunuh pada minggu lalu.

“Rakyat Malaysia mahukan penegasan politik di atas satu platform yang berautoriti untuk mengutuk tindakan kejam Rusia dan AS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Nasrudin berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat menyampaikan perkara itu di pentas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Menurut beliau, Ahmad Zahid akan mempengerusikan perbahasan UNSC di New York, Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada 22 hingga 26 Ogos ini. – MYNEWSHUB.CC