Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jenazah Lelaki Maut Akibat...

JOHOR BAHRU - Jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian...

Kepala Lelaki Dalam Karung...

Kejam dan amat mengerikan!Penduduk sekitar Taman Impian Ria, Bukit Mertajam gempar berikutan penemuan...

Jenazah Jamaluddin Selamat Disemadi...

KUALA LUMPUR - Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Anggota Parlimen Rompin, Allahyarham Tan...

PRU14: PAS Tanding 23...

MELAKA - PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan...

Raja Permaisuri Agong Ke Majlis Seribu Kenangan

PUTRAJAYA – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Seribu Kenangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Seri Perdana di sini.

Ketibaan baginda pada majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) itu disambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Yang Dipertua Bakti.

Dalam ucapannya, Rosmah berkata majlis penuh makna itu diadakan sebagai menzahirkan rasa kasih sayang dan setinggi-tinggi penghargaan beliau dan Bakti kepada Raja Permaisuri Agong sempena tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Mengimbas kembali kenangan berdampingan dengan Raja Permaisuri Agong, Rosmah berkata sifat semulajadi baginda yang begitu peramah, mudah didampingi dan mesra membuatkan beliau sayu mengenangkan detik perpisahan yang bakal berlaku.

Katanya kehidupan di Istana Negara langsung tidak membataskan pergerakan Seri Paduka untuk bertemu rakyat jelata dan ia diterjemahkan melalui penglibatan dalam pelbagai kerja kebajikan, aktiviti kemasyarakatan, hal ehwal kanak-kanak dan wanita yang merupakan sifat yang perlu menjadi contoh teladan kepada semua.

“Sebagai Raja Permaisuri Agong, baginda Tuanku merupakan Penaung Diraja kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan dan keterlibatan tersebut membuktikan baginda Tuanku begitu prihatin dan dekat dengan masyarakat yang tentunya menjadi tinta emas dalam lipatan sejarah negara,” katanya.


Rosmah turut merakamkan kekaguman beliau dan anggota Bakti terhadap kepimpinan Tuanku Abdul Halim dalam menjalankan kewajipan kepada agama, bangsa dan negara, malah begitu prihatin terhadap kemakmuran serta keharmonian hidup rakyat jelata.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut dipersembahkan tayangan video khas Bakti dan persembahan oleh anggota Bakti.

Raja Permaisuri Agong kemudian menerima cendera kenangan daripada Rosmah dan Yang Dipertua Badan-badan Amal Negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori