Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengurusan Sijil Halal Di...

IPOH - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 mendapati pengusaha rumah...

ESSCom Laksana 651 Operasi...

TAWAU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merekodkan tangkapan 5,259 pendatang...

Malindo Air Pecat 17...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan Malindo Air didakwa memecat seramai 17 pekerjanya selepas...

Bakal Pengantin Terguris Terima...

SEORANG gadis yang baru bertunang, Jordan Constable, 22, tidak dapat menahan kesedihan ketika...

Raja Muda Ulangi Harapan Untuk Pelabur Ke Perlis

BAKU (Azerbaijan) – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengulangi harapan baginda untuk melihat pelabur menjadikan Perlis sebagai lokasi pelaburan mereka dalam pelbagai bidang.

Menurut baginda, negeri bersempadan dengan Thailand itu mempunyai kawasan perindustrian seluas 160.45 hektar termasuk di Padang Besar seluas 47.3 hektar, Kuala Perlis (30,2 hektar) dan Jejawi 1 serta Jejawi 2 (30.74 hektar).

Baginda bertitah demikiran di Heydar Aliyev International Airport di sini selepas menamatkan program Jejalah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2017 selama empat hari ke Azerbaijan semalam.

Turut berada di lapangan terbang itu bagi mengucapkan selamat jalan kepada baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Datuk Roslan Abdul Rahman, Setiausaha Pertama Azri Hazwani Abdul Aziz dan Setiausaha Kedutaan Azerbaijan di Kuala Lumpur Taleh Nazarli.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah Perlis juga mempunyai Taman Teknologi Ulu Pauh (29.86 hektar) dan Chuping (22.35 hektar) yang begitu berpotensi.


Baginda berharap mana-mana pihak dari dalam dan luar negara yang berkemampuan dan serius serta berminat untuk melabur di Perlis, dapat mengemukakan tawaran atau cadangan terus kepada pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perlis dan Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) Negeri Perlis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut baginda kedudukan geografi Perlis di utara Semenanjung Malaysia hanya sejauh 500 kilometer dari Kuala Lumpur, 170 kilometer dari Pulau Pinang dan 45 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, pastinya tidak menyukarkan para pelabur. – BERNAMA

Kategori