Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,000 Pegawai Kerajaan,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 1,037 pegawai kerajaan serta...

Kedah Kekal Dasar ‘Swapping’...

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tiada perancangan untuk mengubah dasar perumahan membabitkan...

MLM2014: Farah Quinn Akui...

SALAH seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), Farah Quinn mengakui dia lebih...

Pekerja Kitar Semula Jumpa...

SEORANG pekerja kilang kitar semula di Kanada ibarat mendapat durian runtuh apabila menemui...

Raja Muda Saran Wujud Panel Khas Perkasa Ekonomi

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah panel khas antara usahawan Perlis dan Selatan Thai perlu diwujudkan bagi memperkasa sektor perniagaan kedua-dua pihak.

Baginda bertitah inisiatif itu penting dalam menambah baik serta memperkembangkan lagi sektor perniagaan, perdagangan dan ekonomi di Perlis dan selatan Thai.

“Satu jawatankuasa khas atau panel tindakan bersama antara usahawan Perlis dan dua wilayah selatan Thailand yang bersempadan dengan negeri ini iaitu Songkhla dan Satun wajar diwujudkan secepat mungkin.

“Melalui panel khas ini pelbagai kerjasama dan maklumat dapat dikongsi malah tidak timbul isu persaingan yang tidak sihat antara kedua-dua negara kerana Perlis dan selatan Thai kini sibuk merancang bagi mengembangkan lagi kawasan industri baru masing-masing,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan ‘Majlis Penutupan Bengkel Jaringan Perniagaan Perlis-Thailand Tahun 2017’ yang diadakan di Hotel Seri Malaysia di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dianjurkan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn Bhd (ATAM) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perlis.

Program ini wujud hasil daripada lapan resolusi yang diperoleh dalam satu majlis menghadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam di enam Wilayah Andaman yang berlangsung sempena Program Lawatan Mahabbah MAIPs ke Phang Nga, Thailand pada 7 Jan lepas.


Keberangkatan baginda yang disertai para usahawan dari Perlis dan rakan-rakan usahawan dari enam Wilayah Andaman, Thailand disambut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Mara Perlis Zahari Aziz.

Antara perkara yang terkandung dalam lapan resolusi berkenaan adalah usahawan perlu merebut peluang permintaan pasaran halal yang sangat tinggi di Thailand, agensi pembangunan usahawan bersama usahawan Perlis perlu menganjurkan program promosi produk di Thailand selain jaringan perniagaan antara Malaysia-Thai perlu dilaksanakan secara berkala dan berterusan.

Baginda bertitah, dunia hari ini telah menyaksikan kepesatan bidang sains dan teknologi yang menyumbang kepada kepesatan dan kemajuan dalam sektor ekonomi sejajar tuntutan semasa.

“Kecanggihan teknologi sama ada dalam pembuatan mahupun teknologi maklumat akan mempercepatkan lagi produktiviti, menjamin kualiti dan keselamatan sesuatu produk serta promosi terhadap perniagaan yang diusahakan oleh usahawan.

“Perkongsian serta usaha sama dari segi teknologi, kemahiran, kepakaran, pengalaman, bahan mentah, ilmu serta idea-idea baharu dilihat mampu memperluas lagi sektor perniagaan di kedua-dua negara yang bersempadan ini,” titah Tuanku Syed Faizuddin. – BERNAMA

Kategori