Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Larian Obor Sukan SEA...

KUCHING - Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tiba di bandar raya...

Keluaran Iphone Yang Seterusnya...

BUTANG fizikal Home di bahagian hadapan skrin peranti iPhone telah wujud sejak generasi...

Suami Izreen Azminda Cerai...

SETELAH beberapa bulan bernikah dengan isteri keduanya iaitu pelakon Izreen Azminda, pemuzik Ude...

Video: Main Eskalator, Budak...

SELEPAS pelbagai jenis kejadian yang meragut nyawa anak-anak ketika bermain di eskalator dilaporkan,...

Raja Muda Perlis Seru Umat Islam Tolak Keganasan

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam supaya menolak keganasan yang semakin berkembang dan melibatkan kumpulan militan serta dikaitkan dengan agama Islam.

Titah baginda, penglibatan umat Islam dengan aktiviti kumpulan militan hanya menyebabkan tanggapan umum terhadap Islam, khasnya dunia Arab semakin buruk.

“Setiap umat Islam perlu mengelak daripada mudah terpengaruh oleh dakwaan terutama isu berkaitan keganasan atas nama jihad fisabilillah yang mencemarkan konsep jihad itu sendiri.

“Umat Islam seharusnya berjihad pada perkara-perkara asas terutama berkaitan hawa nafsu, kemungkaran, dadah, maksiat, membasmi kemiskinan, mendalami ilmu pengetahuan, keruntuhan akhlak dan perpaduan bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Pemikiran Islam: Isu-Isu Semasa Negara Islam anjuran bersama Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis di Dewan Seri Semarak UiTM Perlis di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori