Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Barbie Berhijab Jadi Bintang...

LONDON - Seorang pelajar sains perubatan warga Nigeria mencetuskan viral di media sosial...

Rakam Serbuan, Tangkapan Oleh...

KUALA LUMPUR: Tindakan merakam video atau membuat siaran secara langsung atau 'live' menggunakan...

MIC Berharap Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - MIC berharap pembaharuan perkhidmatan awam akan diteruskan di bawah kepimpinan...

Eskalator Raja Salman Dibawa...

SEPANG - Lawatan julung kali Raja Salman Abdulaziz al-Saud ke Malaysia bermula Ahad...

Raja Muda Perlis Pelawa Masyarakat Bukan Islam Ke Masjid

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa masyarakat bukan Islam berkunjung ke masjid di negeri itu bagi membolehkan mereka mengenali Islam dengan lebih dekat.

Baginda bertitah pintu masjid di Perlis khususnya, sentiasa terbuka untuk semua termasuk orang bukan Islam.

“Masjid sesungguhnya adalah tempat yang harmoni, aman dan selesa bagi semua pengunjung dan peranan masjid itu adalah lebih luas dan praktikal berbanding apa yang difahami oleh rata-rata masyarakat pada hari ini.

“Masjid bukan hanya berperanan sebagai pusat ibadah malah ia juga adalah tempat bersosial dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan,” titah baginda selepas merasmikan Kempen Ziarah Masjid Bersama Masyarakat Bukan Islam 2018 di Masjid Alwi, di sini hari ini.

Mengenai kempen berkenaan, baginda bertitah semua masjid di Perlis hendaklah menyambut baik inisiatif itu dan menjadikannya sebagai peluang untuk menyampaikan mesej indah Islam kepada semua golongan masyarakat di kawasan sekitarnya.


“Saya mengharapkan agar program-program sebegini tidak dilihat sebagai satu bentuk provokasi atau percubaan untuk merosakkan kedamaian yang kita nikmati bersama,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori