Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Teori Pisah Politk Dan...

KUALA LUMPUR - "Teori memisahkan politik daripada agama bukan daripada Islam. Teori pemisahan...

Rooney Ledak 2 Gol...

LONDON - Wayne Rooney menamatkan kemarau jaringan daripada lapan perlawanan apabila menjaringkan dua...

Kematian Tiga Sahabat Satu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian sahabat rapatnya Allahyarham...

Kecewa Adik-Beradik Keluar Kenyataan...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kecewa kerana adik-beradiknya memilih untuk...

Rais Komen Isu Darurat, Sokong Tindakan PM

Keadaan bencana banjir yang masih melanda di beberapa buah negeri terus menjadi tanda tanya rakyat jelata apabila tiada pengisytiharan darurat dilakukan.

Peningkatan jumlah mangsa yang hampir 200,000 dilihat satu jumlah yang amat membimbangkan ekoran dilanda musibah banjir tersebut.

Baru-baru ini, segala jawapan mengenai isu darurat yan tidak dilaksanakan sudah pun terjawab menerusi mulut Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim memberitahu sebenarnya darurat tidak boleh diisytihar tanpa mengkaji risikonya secara menyeluruh terhadap rakyat kerana undang-undang darurat berbeza dengan undang-undang biasa.

Memetik laporan Bernama, Rais berkata, apabila darurat diisytiharkan ianya memberi kesan di mana rakyat tidak lagi bebas bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Apabila darurat, nak keluar rumah pun tidak boleh. Antara syarat untuk mengisytiharkan darurat, ia mesti bersandarkan kepada situasi yang mana orang ramai tidak lagi jelas untuk ‘melihat ke bawah’.

“Namun dalam keadaan banjir pada ketika ini, penglihatan orang ramai masih lagi jelas, bot boleh digunakan dan masuk ke kawasan terjejas, malah bantuan juga dapat disampaikan,” katanya.


Sementara itu, beliau berpendapat menunding jari ke arah Perdana Menteri sahaja dalam insiden ini adalah tidak wajar kerana setiap negeri yang terjejas sepatutnya mengambil inisiatif dan bertindak lebih awal tangani permasalahan yang berlaku.

“Apa yang berlaku sekarang, terus pergi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), seolah-olah beliau yang menjaga perjalanan kosmik cakerawala. Ini tidak adil.

“Kerajaan negeri seharusnya berbuat baik dengan kerajaan pusat dan bentangkan masalah berkaitan yang dihadapi kepada kerajaan pusat untuk bantuan. Bukan terus menyalahkan Perdana Menteri,” katanya.

Rais yang juga berkelulusan undang-undang turut menyelar segelintir masyarakat yang hanya tahu mengkritik pemimpin kerajaan persekutuan menerusi Internet dan media sosial tanpa asas yang sebenar. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO LAWATAN NAJIB KE KELANTAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori