Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Kata Sedih Tengok...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titah baginda bersempena...

Letak Calon Wanita Cuma...

BATU PAHAT – Hasrat pembangkang meletakkan beberapa calon wanita di negeri ini adalah...

Jabatan Hidupan Liar Nafi...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar Sabah sama sekali tidak menyokong atau menjadi...

Covid-19: Muhyiddin Mohon Rakyat...

SHAH ALAM - Kerajaan berharap Malaysia bebas koronavirus (Covid-19) selepas tempoh dua minggu Perintah...

Ragbi Super Six: STAR Ipoh Waspada Menentang MCKK

PETALING JAYA – Juara bertahan Kejohanan Ragbi Super Six, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh tidak mahu memandang rendah cabaran pasukan-pasukan lain dalam misinya untuk mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut.

Ketua Jurulatih Muhd Khairul Azhar Md Noor berkata biarpun turun selaku pasukan pilihan dan telah menewaskan pencabar utamanya Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada saingan peringkat liga, pasukan itu tetap berwaspada apabila menentang musuh tradisinya pada peringkat separuh akhir Sabtu ini.

“Memang kami mahu mempertahankan gelaran dengan muncul juara buat kali keempat, tetapi kami tidak boleh memandang mudah lawan kita, terutamanya MCKK. Pada peringkat liga pun kami hanya menang tipis 11-10…ini menunjukkan persaingan memang sangat sengit.

Bagaimanapun saya yakin kami boleh buat yang terbaik kerana lapan pemain tahun lalu masih kekal bersama pasukan dan kebanyakan pemain mempunyai pengalaman luas sebagai pemain peringkat negeri dan kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar pengumuman penajaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk kejohanan itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

STAR Ipoh, yang muncul juara peringkat Liga Super Six tahun ini, akan bertemu MCKK pada peringkat separuh akhir kejohanan itu di Padang STAR Ipoh pada Sabtu ini, manakala satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertembungan di antara naib juara Liga Super Six, Sekolah Sultan Alam Shah dan juara Liga Perdana, Victoria Institution di Padang Alamanda hari ini.

Perlawanan akhir dijadualkan pada 13 Mei ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mana juara akan membawa pulang Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Untuk rekod, STAR menjuarai ketiga-tiga edisi kejohanan itu pada 2013, 2015 dan 2016, manakala pada 2014 kejohanan itu tidak dianjurkan.


Sementara itu, Pengarah Kejohanan Noor Helmi Nong Nadzmi berkata pihaknya telah meningkatkan jumlah pasukan daripada enam ke 14 pasukan bagi edisi ini, yang bermula pada 1 April lepas, kerana mendapat sambutan menggalakkan sejak kejohanan itu perkenalkan.

“Pada tahun-tahun sebelum ini kita hanya ada enam pasukan Liga Super Six, di mana hanya dua pasukan teratas liga akan mara ke final untuk merebut Trofi Cabaran Pengerusi Malaysia Airports. Tetapi pada tahun ini kami memberi peluang kepada lapan pasukan untuk beraksi dalam Liga Perdana.

Tiga pasukan teratas Liga Super Six dan juara Liga Perdana telah mara ke peringkat separuh akhir untuk merebut juara keseluruhan. Kejohanan ini sangat penting untuk pembangunan ragbi negara kerana ini merupakan satu-satunya kejohanan format 15-sebelah bagi peringkat sekolah selain kejohanan MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia),” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB Nik Anis Nik Zakaria dan Pengarah Program Pembangunan Ragbi Negara Prof Madya Dr Ahmad Naim Ismail. – BERNAMA

Kategori