Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Apabila Tong Kosong Berbunyi

Bunyi tong kosong diketuk memang kuat, tetapi dalamnya tiada apa-apa isi melainkan udara...

6 Kesan Tikaman Ditemui...

KOTA BHARU - Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang...

Remaja Perogol Bersiri Diberkas...

LANGKAWI - Seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam 10 kes rogol diberkas...

Tingkat Kawalan Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat bagi mencegah sebarang kehadiran...

1MDB: Rafizi Ugut Campur Tangan Luar Negara

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengugut akan meminta campur tangan pihak berkuasa Hong Kong, Singapura dan Switzerland bagi menyiasat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Beliau mendakwa akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan berkaitan perbankan di tiga negara itu supaya siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram di lakukan ke atas 1MDB jika Bank Negara Malaysia (BNM) enggan melakukan siasatan itu.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

“Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari BNM, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi mendakwa, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit dan untuk apa wang itu digunakan.

Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan Zeti akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori