Qatar Kutuk Insiden Letupan Di St. Petersburg Rusia

DOHA – Qatar mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan di stesen kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia yang mengorbankan 11 orang dan 45 lagi cedera, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Luar mengulangi pendirian teguh Qatar menolak sebarang bentuk keganasan.

Kenyataan itu turut menyuarakan pendirian Qatar menolak perbuatan jenayah keganasan terhadap orang awam yang tidak bersalah kerana ia melanggar nilai serta prinsip kemanusiaan.

Negara berkenaan turut menyatakan sokongan dan sentiasa berdiri teguh menyokong sebarang tindakan dan langkah yang di ambil Rusia demi mengekalkan keselamatan serta kestabilan.

Qatar mengucapkan takziah kepada kerajaan Rusia, rakyat dan keluarga mangsa di samping berharap mangsa yang cedera pulih segera. – BERNAMA

Loading...