Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kota Bharu Kini Zon...

DAERAH Kota Bharu, Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi...

2 Lelaki Didakwa Rancang...

BATU PAHAT - Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Batu Pahat di sini...

DUN Kedah Lulus Kenaikan...

ALOR SETAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah termasuk Menteri Besar dan...

Kemenangan UMNO Janji Masa...

KUALA LUMPUR - Berbekalkan rekod kejayaannya dalam mentadbir urus negara yang tidak boleh...

Putus Tangan Ditetak Rakan Kerana Hutang

Kuala Pilah – Angkara gagal melunaskan hutang, seorang lelaki Myanmar putus tangan kiri dan patah tangan ditetak rakan senegaranya dalam satu pergaduhan, malam kelmarin.

Kejadian jam 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Alias, 20-an, berada di rumahnya di Kampung Sungai Jelutong di sini, didatangi empat rakan senegaranya berusia antara 13 hingga 45 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mereka bekerja di kebun sayur di kampung itu dan tinggal di rumah kongsi berhampiran.

Menurutnya, pergaduhan berlaku apabila empat suspek datang meminta mangsa membayar hutang salah seorang suspek, namun mangsa enggan menyebabkan mereka tidak puas hati.

“Berang dengan alasan diberikan mangsa, suspek mengeluarkan parang dan melibas mangsa. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori