Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Rugi RM6,000...

JEMPOL : Seorang penjawat awam kerugian RM6,000 selepas menjadi mangsa penipuan lelaki yang...

Tidak Akan Tarik Balik...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor tidak akan tarik semula elaun dan pejabat yang...

GAMBAR: Beruang Sesat Masuk...

PENDUDUK Sungai Besar, Sabak Bernam gempar dengan kemunculan seekor beruang matahari yang berkeliaran...

Apa Sebenarnya Berlaku Pada...

JAMAL Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada tengah hari Selasa, 2...

Pusat STEM Tingkat Minat Pelajar Bidang Sains

KULIM – Penubuhan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Kedah berjaya meningkatkan peratusan minat pelajar dalam bidang sains di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia negeri Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata ini dapat dilihat daripada pertambahan ketara pelajar dalam aliran sains sejak pusat itu ditubuhkan.

“Kalau tiga tahun lepas, peratusannya hanya sekitar 18 hingga 20 peratus sahaja namun, kini ia meningkat hampir sekali ganda.

“Ini membuktikan perancangan kita dengan turun ke peringkat pendidikan paling bawah iaitu tadika berjaya menyuntik minat kanak-kanak dalam bidang Sains,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Sains Negara peringkat Kedah di Bandar Baharu dekat sini, hari ini.

Norsabrina berkata selain peningkatan pelajar dalam aliran sains, pencapaian dengan memenangi pelbagai anugerah pada peringkat antarabangsa juga membuktikan pelajar di Kedah berada dalam kelas tersendiri.


Pusat itu dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan beroperasi di bangunan Techno Centre di Taman Teknologi Tinggi Kulim Hi-Tech Park. – BERNAMA

Kategori