Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Gudang Sisa Toksik...

SEREMBAN - Empat gudang menyimpan sisa toksik di Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Kualiti...

Rakyat Teruja Saksi ‘Live’...

MERAFAK sembah ucapan ribuan tahniah buat puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor...

Pembangkang Bantah Pelantikan Mohamad...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati...

Pemergian Lagenda Tinju Dirasai...

PEMERGIAN Mohammad Ali, 74, seorang lagenda tinju dunia merupakan satu kehilangan buat arena...

Pusat Hiburan Terbakar Dibaling Bom Petrol

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah pusat hiburan dibaling dengan botol mengandungi cecair disyaki petrol sehingga berlaku kebakaran di bahagian luar premis berkenaan di Bayan Baru malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Anuar Omar berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di tepi jalan di Jalan Tengah, Bayan Baru pada pukul 12.15 tengah malam, kira-kira dua jam selepas kejadian yang menyebabkan pintu premis pusat hiburan itu terbakar.

“Dalam kejadian pukul 10 malam itu, pusat hiburan berkenaan didatangi lima lelaki menaiki tiga motosikal. Dua daripadanya masuk ke dalam premis dengan membawa botol berisi petrol dan terus melemparkan ke dalam kedai manakala sebotol lagi dilempar di bahagian luar premis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan serpihan kaca botol yang dibaling oleh suspek bersepah di dalam dan luar premis perniagaan itu dan semasa kejadian terdapat kira-kira 20 pelanggan di dalam pusat hiburan itu.

Tiada yang cedera dalam kejadian itu, katanya.


Anuar berkata polis kini dalam usaha mengesan empat lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek pernah datang ke pusat hiburan itu pada akhir Februari dan meminta wang perlindungan tetapi pemilik premis itu enggan membayar.

Polis juga sedang meneliti rakaman CCTV yang terdapat di premis hiburan dan kawasan di situ bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Kategori