Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kapal Nelayan &...

LAHAD DATU - Sebuah bot nelayan dan pemilik serta krunya dikhuatiri hilang di...

“Saya Sudah Nyawa-Nyawa Ikan...

BRISBANE - Walaupun jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang gagal menyumbang pingat...

Polis Terus Usaha Kesan...

PETALING JAYA : Pasukan polis hari ini, meneruskan siasatan dengan berusaha mencari bukti...

MH 17: Trauma Memikirkan...

BALU kepada Robert Ayley, 29  mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di...

Pusat Hiburan Dibenarkan Beroperasi Ikut Lesen

KUALA LUMPUR – Sebabyak 672 pusat hiburan di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi mengikut lesen masing-masing, namun peraturan akan dipertingkat sekiranya gagal mematuhi syarat yang digariskan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu hanya 24 pusat hiburan mempunyai lesen untuk beroperasi sehingga 5 pagi, manakala 118 pusat hiburan pula ditutup pada 3 pagi.

Katanya, pihaknya mencadangkan pusat hiburan yang beroperasi sehingga 2 pagi untuk ditutup sejam awal.

Terdahulu, pengumuman beliau sebelum ini bagi semua pusat hiburan di Kuala Lumpur perlu menamatkan waktu operasi pada 1 pagi berkuat kuasa mulai Januari tahun ini mengundang reaksi tidak senang beberapa pihak.

“Lebih 500 pusat hiburan tutup pada 2 pagi justeru kita mahu mereka menghadkan penutupan operasi kepada 1 pagi.

“Jumlah 672 pusat hiburan adalah jumlah yang sangat besar. Justeru, kita setuju untuk melaksanakan dengan berhubung terus (dengan pemilik) untuk dapatkan respon mereka.

“Namun, sekiranya pusat hiburan ini tidak menepati syarat operasi dan perjalanan termasuk menjalankan aktiviti larangan seperti dadah serta pelacuran, kita akan ambil tindakan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Ke-4, di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Tambah Khalid, antara lain yang turut dibincangkan pada mesyuarat terbabit termasuk pengenalan cukai petak pada 1 Januari 2020 dan cadangan dua laluan baharu bas GoKL. – K!ONLINE

Kategori