Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sah Tiada Pertandingan Untuk...

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan...

Jejantas Pejalan Kaki Runtuh,...

MIAMI - Sebuah jejantas bagi pejalan kaki telah runtuh dan musnah yang mengakibatkan...

70 Pusat Hiburan Di...

KUALA LUMPUR: Seramai 4,568 pengunjung diperiksa dalam serbuan ke atas 70 pusat hiburan...

Warga Emas Dituduh Seleweng...

KUCHING : Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang pampasan...

Pusat Data RM130 Juta Akan Dibina Di Nusajaya Tech Park

NUSAJAYA – VADS Bhd. melabur sebanyak RM130 juta untuk membina pusat data dibina khas dalam dua fasa di Nusajaya Tech Park, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk menampung peningkatan permintaan bagi data perniagaan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Massimo Migliuolo berkata fasa pertama pusat data itu akan terdiri daripada kawasan binaan seluas 30,000 kaki persegi di kawasan seluas 3.213 hektar.

“Pengembangan bagi fasa kedua akan berdasarkan kepada keperluan pasaran.

“Apa yang penting adalah pasaran berkembang sangat pantas dan industri memerlukan pusat data dibina khas,” katanya kepada pemberita selepas upacara pecah tanah bagi pusat itu oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Nusajaya Tech Park, di sini, hari ini.

Fasa pertama dijangka siap pada suku pertama 2017, kata Migliuolo.

VADS Data Centre, yang merupakan pusat data neutral, juga menempatkan get antarabangsa Telekom Malaysia (TM) Iskandar yang akan berfungsi sebagai hab serantau dalam menyediakan perkhidmatan seperti perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) diurus menyeluruh, perkhidmatan pengkomputeran awan menerusi pasaran digital dan hubungan jalur lebar kelajuan tinggi kepada pelanggan Malaysia dan ASEAN.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TM Group, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata trend pertumbuhan perniagaan data berkembang agak kukuh sejak beberapa tahun ini.

“Dalam tempoh dua tahun lepas, perniagaan data bagi kumpulan berkembang kira-kira 26 peratus. Jika anda lihat perkembangan itu, sudah pastinya trend tersebut akan berterusan, yang merupakan satu daripada komponen penting dalam perniagaan,” katanya.

Dari segi sumbangan kepada kumpulan, Zamzamzairani berkata perniagaan bukan suara menjadi penyumbang utama sebanyak 70 peratus sejak 2012, dengan perniagaan data terus menyumbang kepada segmen tersebut.

VADS, yang merupakan anak syarikat milik penuh TM, menyediakan perkhidmatan penyumberan luar proses ICT/perniagaan bersepadu diurus. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori