Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penjara 2 Tahun Jika...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air botol...

PRK DUN Melor Ditangguh...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan, yang...

Jangan Guna Orang Asli...

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengingatkan...

Prayut Diberi Sambutan Rasmi...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yang tiba di sini untuk...

Pujuk Kanak-Kanak Berselfie Sebelum Barang Kemas Diragut

BUKIT MERTAJAM – Satu lagi modus operandi peragut yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa – mendekati dan memujuk kanak-kanak untuk berselfie sebelum meragut barang kemasnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, peragut mendekati mangsa kanak-kanak dan memujuknya untuk mengambil gambar.

Kanak-kanak yang termakan pujukan, selalunya menjadi mangsa diragut rantai leher atau gelang tangan emas sebelum peragut melarikan diri.

Nik Ros Azhan berkata, awal hari ini (kira-kira 6.30 pagi), sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan ragut, di sebuah rumah di Seberang Jaya.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa sebelum memujuk kanak-kanak untuk mengambil gambar dan selepas mengambil gambar dia terus ragut rantai leher atau gelang emas sebelum melarikan diri,” kata Nik Ros Azhan kepada Bernama.

Beliau berkata dalam satu lagi kejadian, seorang wanita mengalami kerugian lebih RM3,000 selepas anak perempuannya berusia lapan tahun diragut seorang lelaki dalam kejadian di Bukit Tengah kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam.

Menurut wanita itu anaknya sedang bermain sebelum didatangi seorang lelaki dan memujuk kanak-kanak berkenaan mengambil gambar sebelum suspek meragut rantai leher serta gelang emas yang dipakai kanak-kanak itu, katanya.

Nik Ros Azhan berkata siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam beberapa kes ragut membabitkan kanak-kanak sejak pertengahan tahun ini.


Katanya ekoran penahanan lelaki itu, polis merampas seutas gelang tangan emas yang terputus.

Lelaki itu turut mengaku barang kemas yang diragut daripada kanak-kanak dalam kejadian semalam telah dijual di kedai pajak gadai serta memperoleh RM700.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan polis akan membuat pemeriksaan di kedai-kedai pajak gadai yang membeli barang kemas dijual lelaki berkenaan.

“Suspek mempunyai 26 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang positif dadah itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori