Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ops Tidak Puasa: “Insaflah…...

LELAKI berusia 70 tahun memberi alasan muntah pada sebelah pagi menyebabkan dia tidak...

Peguam Roger Ng Terima...

NEW YORK - Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) semalam menyerahkan 1 juta dokumen...

“Kita Bukan Nak Jual...

LANGKAWI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyelar tanggapan...

Azmin Dakwa Syed Husin...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata pengasas bersama parti...

Pua Perlu Patuh Arahan Tidak Keluarkan Kenyataan Mengenai 1MDB

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin meminta anggota jawatankuasa badan penyiasatan itu Tony Pua untuk mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi mana-mana medium.

Beliau berkata Pua perlu mematuhi arahan itu termasuk tidak boleh berdebat secara terbuka dengan Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“Saya patuh kepada arahan yang ditetapkan Speaker. Ini bermakna Tony Pua juga tidak boleh bercakap tentang 1MDB walaupun di luar (Dewan Rakyat) seperti berkempen dan sebagainya.

“Kami berharap pihak eksekutif (anggota PAC) mematuhi keputusan dan nasihat yang diberikan speaker,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Pua juga tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung isu 1MDB, Hasan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung syarat tersebut.

“Kalau ikut keputusan tadi Tony Pua tak boleh beri ceramah atau cakap (mengenai 1MDB) di khalayak ramai. Agak sukar kerana laporan interim dah dibuat, wajar etika itu dipatuhi,” kata Hasan.

Dalam persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, Pandikar Amin memutuskan bahawa anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai anggota PAC sekiranya berhasrat untuk meneruskan debat terbuka dengan Arul Kanda.

Pandikar Amin turut menegaskan bahawa sekiranya Pua tidak mahu melepaskan jawatannya dalam PAC, beliau tidak boleh terlibat sama sekali dengan siasatan 1MDB yang sedang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.


Pada masa sama, Arul Kanda yang merupakan saksi utama, juga harus tidak terlibat dalam penyiasatan PAC, katanya.

Sementara itu, Pua ketika diminta mengulas keputusan Pandikar Amin itu tegas berpendapat penganjuran debat terbuka itu tidak menyalahi mana-mana Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Dalam pengetahuan saya, penganjuran debat ini tidak menyalahi mana-mana peraturan Parlimen.

“Bagaimanapun saya hormat keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Atas sebab itu, saya akan meminta penjelasan secara rasmi dalam Dewan esok,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Pua berkata beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1MDB terganggu akibat penglibatannya dalam debat terbuka itu.

“Saya tidak boleh membenarkan siasatan tersebut terbengkalai. Rakyat menaruh harapan kepada PAC untuk siasatan ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori