Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perlu Tangani Kekurangan Profesional...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan meningkatkan usaha untuk mencapai akses peringkat sejagat...

Penganggur Diberkas Dengan Sepucuk...

KUALA NERUS - Seorang penganggur berusia 40 tahun ditahan bersama sepucuk pistol dan...

Tiada Ramuan Babi Dalam...

PUTRAJAYA - Semakan sudah dibuat terhadap vaksin Pfizer dan AstraZeneca yang mendapati tiada...

Serangan Syria: Hampir 200...

DAMSYIK - Serangan besar-besaran tentera kerajaan Syria mengorbankan sehingga 190 penduduk di Ghouta,...

PTSS Bakal Terima 995 Pelajar Termasuk 15 OKU

KANGAR – Lima belas orang kurang upaya (OKU) antara 995 pelajar yang bakal mendaftar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dekat sini, bermula 25 Jun ini.

Menurut kenyataan PTSS di sini hari ini, bagi pengambilan sesi Jun 2018 ini, politeknik itu menawarkan 15 program menerusi enam jabatan iaitu Kejuruteraan Elektrik; Kejuruteraan Mekanikal; Perdagangan; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Pelancongan dan Hospitaliti serta Rekabentuk dan Komunikasi Visual.

“Seramai 15 pelajar OKU berkenaan akan mendaftar pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Khas Hotel dan Katering di PTSS,” katanya.

Menurut kenyataan itu, proses pendaftaran pada kali ini bertempat di pejabat kolej-kolej kediaman​​​​​ bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sementara itu, katanya PTSS akan mengadakan program Khidmat Bakti Siswa kepada pelajar baharu pada 27 Jun bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari di Kampung Lalang, Ulu Pauh dekat sini bagi mendekatkan diri mahasiswa dengan masyarakat setempat yang berdekatan dengan PTSS.


Untuk maklumat lanjut, pelajar atau waris boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 04-9886204/6206/6207/6209. – BERNAMA

Kategori