Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penjara 5 Tahun Balasan...

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima...

Penyusutan Nilai Ringgit Tarik...

PUTRAJAYA - Penyusutan nilai Ringgit akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelajar...

Wabak Rabies Dipantau Supaya...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengharamkan kemasukan kucing dan anjing dari Sarawak...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,300 orang pada...

PTPTN Sasarkan 40,000 Akaun SSPN-I Plus Dibuka

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sebanyak 40,000 akaun SSPN-i Plus akan dibuka menjelang hujung tahun ini, kata Pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata sejak SSPN-i Plus dilancarkan pada Jun tahun lalu sehingga 31 Okt ini, jumlah akaun yang dibuka adalah sebanyak 33,574 dengan jumlah deposit terkumpul hampir RM11.9 juta dan jumlah manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.6 bilion.

“Dengan adanya SSPN-i Plus ini, masalah kewangan dalam kalangan pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dapat diatasi dan lebih terjamin kerana dilindungi takaful,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Wow!, Anugerah Ejen Online Suku Tahun Siri Pertama 2016/2017 dan Hari Mesra Pelanggan PTPTN, di sini semalam.

Terdahulu, Shamsul menyampaikan hadiah kepada Tan Yee Wai, 56, pemenang utama cabutan Wow! SSPN-i Plus iaitu sebuah kereta Honda Jazz 1.5L.


Tan yang juga seorang pengurus kilang di Johor Bahru berkata beliau membuka akaun itu sejak setahun lalu untuk anak sulungnya yang kini menuntut di sebuah kolej swasta.

Anugerah Ejen Online dimenangi Taufiq Ismail, 34, dari Kuala Lumpur yang menjadi ejen sejak empat bulan lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori