Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Perlu Terus...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan umat...

Rizab Antarabangsa BNM US$103.7...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.7 billon...

Drama PRU-15

Rakyat perlu berwaspada dengan 'drama' yang direka oleh lawan Barisan Nasional (BN) menjelang...

Hampir Dua Tahun, Maher...

PENYANYI antarabangsa, Maher Zain, 36, mengakui dia mengambil masa yang agak panjang, menghampiri...

PRU14: Sarawak Bebas Anasir Cetus Kekecohan

KUCHING – Sarawak masih bebas daripada sebarang anasir untuk menimbulkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Beliau berkata biarpun begitu polis masih mengumpul maklumat risikan berkaitan individu atau pertubuhan yang berpotensi mengancam keselamatan atau menimbulkan suasana huru-hara di negeri ini pada PRU14 nanti.

“Setakat ini di Sarawak kita tidak ada (individu atau pertubuhan) berpotensi untuk mengancam keselamatan atau timbulkan suasana huru hara. Walaupun tidak ada kita (polis) sentiasa mengumpul maklumat risikan untuk mengenal pasti mereka mungkin mempunyai potensi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-211 Tahun 2018 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Mohd Dzuraidi turut membaca perutusan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyampaikan sijil penghargaan serta sijil anugerah intergriti kepada 40 penerima terdiri daripada anggota serta kakitangan awam polis negeri.

Mengulas lanjut mengenai PRU14, Mohd Dzuraidi berkata polis Sarawak sudah bersiap siaga 100 peratus untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.


“Kita telah turun ke seluruh negeri untuk pastikan pegawai dan anggota kita termasuk di kawasan pedalaman tidak ketinggalan serta siap siaga untuk jalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen pada PRU14 nanti. Polis Sarawak sudah bersedia dari semua aspek termasuk memastikan anggota menjalani latihan lengkap berkaitan ilmu PRU14,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori