Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Datuk Vida Didakwa Gagal...

JUTAWAN kosmetik yang popular dengan tagline, 'Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih', Datuk...

Jual Tanah Untuk Jahit...

DHAKA - Demi membuktikan sokongan terhadap pasukan Jerman yang beraksi dalam kejohanan Piala...

Suasana Pilu Sambut Jenazah...

IPOH - Suasana pilu menyelubungi sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di...

China Cipta Drone Yang...

MENGHAMPIRI tahun 2020, ingatkan kita dapat lihat kereta terbang tapi banyak teknologi lain...

Protes Tahan Rafizi: Polis Panggil MP Pakatan Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Polis memanggil beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam protes membantah penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada minggu lalu untuk diambil kenyataan.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung berkata, antara dua pemimpin pembangkang yang telah dipanggil adalah Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong and Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fung Kui Lun.

“Dimaklumkan selain daripada dua Ahli Parlimen berkenaan, Ahli Parlimen yang lain akan turut dipanggil untuk disoal siasat oleh di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hsiao Leung dalam nada biadap mendakwa, tindakan pihak polis itu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara polis kerana polis tidak sepatutnya menghalang sebarang protes apatah lagi oleh mereka yang merupakan Ahli Parlimen.

Justeru, beliau meminta pihak polis supaya menghentikan gangguan ke atas Ahli Parlimen pembangkang demi hak kebebasan bersuara.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR ditahan di bawah Akta OSA berikutan pendedahannya mengenai dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada 4 April lalu.

Beliau ditahan di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 6 petang oleh 10 pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Pakar propaganda pembangkang itu bagaimanapun cuba mencetuskan kontorversi dengan meletakkan tangan ke belakang sewaktu diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu lalu menyebabkan beliau seolah-olah sedang digari pihak polis.

Perbuatan itu menyebabkan penyokong Pakatan Harapan melemparkan fitnah kononnya polis memberi layanan buruk ke atas Rafizi namun pihak media mempunyai bukti bergambar tangan Rafizi tidak digari.

Rafizi akhirnya terpaksa menjelaskan kepada penyokongnya beliau tidak digari dan mengakui ada meminta pihak polis menggari tangannya tetapi pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) tidak berbuat demikian. .

Beliau memberi alasan membuat permintaan digari bukan untuk berlakon dan mendapatkan simpati orang ramai tetapi kononnnya untuk mengelakkan pegawai dan anggota polis yang mengiringinya dikecam UMNO dan pegawai tertinggi polis kerana tidak menggarinya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori