Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TH Serah Zakat Perniagaan...

SEREMBAN - Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.96 juta...

Fathia Bengang Kena Gosip...

Kadang-kadang, tidak dinafikan tajuk sesebuah artikel itu sengaja ditulis dengan ayat-ayat 'gempak' bagi...

Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar...

DI SAAT tumpuan sedang dihalakan kepada bantuan terhadap mangsa bencana banjir, beberapa keping...

Bertempiaran Lari Tinggalkan Rokok...

Tawau : Sekumpulan lelaki yang sedang leka memunggah rokok seludup berhampiran Sungai Merotai...

Projek Terbengkalai Mukim Ijok: 2 Lelaki Direman 4 Hari

PUTRAJAYA – Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatakuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah direman empat hari bermula hari ini.

Kedua-dua mereka merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok masing-masing berusia 75 dan 66 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Atiqah Abu Hasan di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 9 April ini.

Kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Menurut sumber SPRM, mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.


Sebelum ini, seramai tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar ‘Datuk’ telah direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan. – BERNAMA

Kategori