Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Edar 1,500 Cawan...

GUA MUSANG - Polis mengedarkan 1,500 cawan kopi kepada perantau yang dalam perjalanan...

Bayar Bil Tertunggak Segera,...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini mengingatkan...

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

Tunku Azizah Berkenan Kongsi...

SHAH ALAM - Susulan berlakunya 'perang' antara laksa Johor dan laksa Kedah yang...

Projek Pusat Agihan Zakat MAIWP Terima Pengiktirafan

KUALA LUMPUR – Projek Pusat Agihan Zakat atau PAZA oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima pengiktirafan Gold Award dalam Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 15 hingga 16 Ogos lepas di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan berkata penubuhan PAZA terbukti memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat dan mampu meluaskan lagi agihan zakat.

Sehingga kini terdapat sembilan PAZA yang dibuka mengikut kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

“Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai pejabat zakat daerah, di Wilayah Persekutuan tiada daerah yang menjadi penghubung antara ibu pejabat dan masyarakat.


“Oleh itu, penubuhan PAZA terbukti memudahkan asnaf dan ia memberi impak serta manfaat besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf memandangkan pemohon hanya perlu hadir ke PAZA yang berhampiran dan tidak perlu hadir ke ibu pejabat Maitulmal MAIWP,” katanya. – BERNAMA

Kategori