Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kecewa Projek KIDEX...

PENDUDUK sekitar Petaling Jaya kecewa apabila kerajaan Negeri Selangor mengumumkan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara...

321,331 Terima Dos Pertama...

KUALA LUMPUR - Seramai 321,331 individu, majoritinya petugas barisan hadapan, menerima suntikan pertama...

PRK DUN Chini 4...

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Pencarian Mangsa Terakhir Tragedi...

CUKAI: Pasukan mencari dan menyelamat akan memberi tumpuan pencarian di kawasan sektor A...

Projek Mitigasi Kurangkan Masalah Bekalan Air Selangor

KUALA LUMPUR – Projek mitigasi bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat di Selangor yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan sejak tahun 2012 berjaya mengelakkan berlaku masalah kekurangan air terawat yang lebih serius di negeri itu.

Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim berkata, projek mitigasi tersebut terbukti dapat mengurangkan masalah itu memandangkan rezab marjin air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada waktu ini sangat rendah iaitu antara satu hingga tiga peratus.

“Beberapa projek mitigasi bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat yang telah siap dan sedang dilaksanakan sejak tahun 2012 oleh kerajaan Selangor dengan pembiayaan Kerajaan Persekutuan telah banyak membantu dalam mengelakkan daripada berlakunya kekurangan air terawat yang lebih serius.

“Projek Mitigasi Fasa 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti agihan daripada beberapa loji rawatan air utama sedang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Apabila siap projek tersebut, pengagihan air yang dirawat daripada beberapa loji rawatan air ke kawasan bekalan sedia ada akan dapat ditingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail bagaimanapun tetap menggesa semua pihak termasuk kerajaan Selangor serta agensi-agensi yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya supaya Projek Loji Rawatan Air (LRA) serta Sistem Agihan Langat 2 dapat dilaksanakan dengan licin dan disiapkan dengan seberapa segera.


Menurutnya, penyiapan LRA dan Sistem Agihan Langat 2 merupakan langkah penyelesaian untuk memenuhi permintaan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi jangka masa panjang.

Beliau dalam pada itu menegaskan, SPAN belum menerima sebarang permohonan daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) untuk melaksanakan pengagihan air secara berjadual atau melakukan catuan air di mana-mana kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, sebarang keputusan untuk melaksanakan pengagihan air berjadual akan dibuat oleh SPAN apabila mendapat persetujuan kerajaan Selangor setelah berbincang dengan kerajaan negeri serta semua operator air termasuk SYABAS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori