Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MUDA Merungut Tak Dipanggil...

Ikatan Demokrasi Malaysia (Muda) mengeluh mereka tidak diundang ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan...

Mufti Perlis Dakwa Difitnah...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menuduh...

21,468 Kes Positif Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes positif Covid-19 hari ini ialah 21,468 kes, hanya...

20 Rumah Di Merlimau...

JASIN - Sebanyak 12 rumah di Kampung Paya Lengkong dan lapan di Kampung...

Projek Lebuhraya Pan Borneo Lancar, Mengikut Jadual

KUCHING – Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berjalan dengan lancar mengikut jadual sebagaimana diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen menafikan laporan sebuah akhbar bahasa Cina bahawa berlaku kelewatan pada kerja-kerja projek lebuh raya tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini hari ini.

Lebuh raya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer yang bermula dari Telok Melano di Bahagian Kuching hingga Lawas di utara Sarawak dibina dengan anggaran kos RM29 bilion.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika lawatan kerja ke Brunei Darussalam awal minggu ini mengesahkan jajaran lebuh raya itu tidak akan melalui negara itu selepas mengambil kira kekangan kewangan dan isu imigresen.


Dalam perkembangan lain, Chong berkata setakat ini kementeriannya tidak menerima sebarang aduan mengenai perniaga yang menaikkan harga barangan yang tidak harus dikenakan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semenjak pelaksanaannya pada 1 Sept lepas.

Orang ramai atau pengguna yang ingin membuat sebarang aduan berkaitan, boleh terus ke portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau terus Whatsapp ke nombor rasmi aduan 019-2279 4317. – BERNAMA

Kategori