Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Bangunan KWSP: Tiada...

PUTRAJAYA - Kebakaran di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing,...

Ronaldo Pakai Jam Rolex...

LONDON - Status sebagai atlet terkaya di dunia membolehkan bintang bola sepak, Cristiano...

Ibu Lega ‘Janin’ Dikandung...

BALING - Seorang ibu melahirkan perasaan leganya apabila ketumbuhan yang didakwa sebagai janin...

Netizen Gesa Polis Siasat...

ORANG ramai hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir...

Projek Edu Biz Park Akan Dibangun Di Setiap Negeri

PUTRAJAYA – Projek Edu Biz Park iaitu program pembangunan bersepadu ke arah membandarkan kawasan pinggir bandar akan diwujudkan di setiap negeri, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata projek yang melibatkan tiga komponen utama pembangunan iaitu pendidikan, perniagaan serta industri dan perumahan itu akan dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan kerjasama kerajaan negeri.

“Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan kepada penduduk yang sekali gus dapat menghalang golongan belia berhijrah ke bandar dan dapat ‘menjemput’ semula mereka yang telah berpindah untuk ke kembali ke tempat asal mereka,” katanya.

Ismail Sabri berkata projek rintis Edu Biz Park dilaksanakan di Bera, Pahang di atas tanah seluas 1,000 ekar (404 hektar) yang kini menempatkan kem tentera, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan akan disusuli dengan pembangunan lot perniagaan serta projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Projek Edu Biz Park seterusnya akan dilaksanakan di Hulu Selangor, Selangor dan Sungai Rambai, Melaka, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara menteri dengan exco-exco luar bandar di kementeriannya di sini hari ini.


“Selain menggunakan tanah milik Mara, kita amat memerlukan sokongan kerajaan negeri dalam aspek penyediaan tanah dengan keluasan minimum 20.2 hektar diperlukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kementerian melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) berjaya mewartakan 33,692 hektar tanah simpanan masyarakat Orang Asli daripada keseluruhan 134,513 hektar yang telah dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, 70,781 hektar telah diukur dan dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan, manakala proses pengukuran bagi baki tanah simpanan yang lain dijangka siap sepenuhnya September ini, katanya. – BERNAMA

Kategori