Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Harga Minyak Tanah...

KUALA BERANG - Biarpun berdepan dengan masalah kenaikan harga minyak tanah di pasaran namun ia tidak...

Perak Setuju Jual Air...

Manjung : Kerajaan Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan...

PDRM Tahan Bekas Pegawai...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga lelaki termasuk penyelia kantin...

4 Pingat Emas Dalam...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menaruh harapan bahawa jaguh badminton...

Program Podium Antara Pencetus Kejayaan Saya

SEPANG – Di sebalik kejayaan melakar sejarah serta menempa nama pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih pingat emas acara Masters lelaki, pemain tenpin boling negara Muhammad Rafiq Ismail mengakui antara faktor kejayaannya kerana keberkesanan Program Podium.

Program kendalian Institut Sukan Negara (ISN) itu merupakan salah satu inisiatif Pelan Prestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam merealisasikan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, selain muncul 10 pasukan terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018.

“Program Podium ini membantu saya dari segi kemudahan dan sebagainya. Tanpa program ini saya tidak akan berjaya meraih pingat emas.

“Saya harap Program Podium ini diteruskan biarpun kita tahu Program Podium bagi sukan tenpin boling akan berakhir hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, hari ini.

Untuk rekod, tiada pemain tenpin boling Malaysia yang pernah memenangi pingat acara Masters lelaki pada Sukan Asia sebelum ini, dengan keputusan terbaik ialah tempat kelima menerusi Alex Liew pada edisi 2006 di Doha dan Guangzhou 2010.


Muhammad Rafiq turut meraih pingat perak acara trio bersama-sama Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan Chye Chern pada temasya sukan berkenaan.

Ditanya mengenai perancangannya selepas Sukan Asia, Muhammad Rafiq berkata beliau mahu berehat dan tidak akan menyertai Kejohanan Tenpin Boling Masters Lucky Larsen di Sweden, bulan depan.

“Saya sudah beritahu jurulatih saya nak berehat sebab saya sudah sertai banyak kejohanan serentak tahun ini, sebelum saya sertai Kejohanan Tenpin Boling Dunia Lelaki di Hong Kong pada November depan,” katanya. – BERNAMA

Kategori