Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Kami Ingin Tahu Punca...

KLANG - Seorang anggota keluarga mangsa letupan bunga api di sini semasa sambutan...

DPMM Bekerjasama JPK Bantu...

BACHOK - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan...

Lelaki Tanpa Penis Dah...

SEORANG lelaki dari Manchester, United Kingdom yang tidak mempunyai alat sulit mengakui sudah...

Pindaan Akta MKN Ditarik...

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ditarik balik semalam...

Program i-Suri Jamin Masa Depan Wanita

KUALA LUMPUR – Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) dilihat sebagai inisiatif yang dapat menjamin masa depan golongan wanita daripada sudut kewangan.

Tinjauan Bernama pada hari pertama pendaftaran program di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu mendapati kebanyakan masyarakat memberi maklum balas positif terhadap program itu kerana ia dapat menjamin kestabilan kewangan golongan suri rumah, ibu tunggal dan balu yang berkelayakan mencarum.

Zaiton Sulaiman, 56, seorang ibu tunggal berkata program itu sangat bagus untuk masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah atau miskin bandar.

“Tidak begitu ramai yang bernasib baik. Bagi saya, bantuan sebegini sangat bagus kerana dapat menjamin masa depan saya dan juga anak saya yang masih bersekolah, serta mereka yang senasib dengan saya.

“Saya sudah bekerja selama lebih 20 tahun. Sekarang saya dah berusia dan sukar untuk bekerja dalam keadaan tidak berupaya. Dengan adanya caruman sebegini, mungkin dapat membantu saya dan anak saya pada masa akan datang,” katanya selepas selesai mendaftar sebagai pencarum i-Suri, di Ibu Pejabat KWSP di sini, hari ini.

Seorang suri rumah, Nor Ezadatul Shahizad Mohd Ghazali, 29, berkata program ini juga merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk kesedaran menyimpan atau menabung wang dalam tempoh masa yang lama bagi menjamin kewangan di masa hadapan.

“Wujudnya program sebegini, ia seakan memberi dorongan positif kepada pasangan suami isteri untuk menyimpan wang dari awal agar dapat menjamin kestabilan kewangan isteri pada masa akan datang,” katanya.

Bagi seorang suami, Muhammad Fakhru Razi Razali, 28, berkata selain menjamin masa depan daripada sudut kewangan, ia juga membuktikan bahawa menjadi seorang suri rumah bukan satu pekerjaan yang tiada pendapatan.


“Inisiatif sedemikian turut menggalakkan suami supaya lebih peka tentang kebajikan isteri pada masa kini dan juga di masa depan. Malahan, ia menjadikan seorang suami itu lebih bertanggungjawab terhadap isteri serta keluarganya,” katanya yang bekerja sebagai penganalisis projek di sektor swasta.

Seorang lagi suri rumah yang ingin dikenali sebagai Lynn, 46, berkata program itu adalah inisiatif yang baik, bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi penjelasan secara lebih terperinci berhubung syarat kelayakan memohon caruman tersebut.

“Saya tidak menafikan ia adalah program yang baik dalam membantu masyarakat yang memerlukan, cuma maklumat terperinci perlu dikemukakan oleh pihak terlibat kepada semua orang agar tidak menimbulkan sebarang salah faham atau isu,” katanya yang ingin mendaftar sebagai pencarum tetapi tidak layak kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

KWSP dalam kenyataan mengumumkan pendaftaran i-Suri boleh dibuat mulai hari ini​​​​ dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai pencarum dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara

Menurut KWSP, suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Kenyataan itu berkata statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori