Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jaga Barang Berharga Ketika...

KEMAMAN:  Polis Terengganu mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan...

Bahan Nyah Jangkit Disembur...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam menggunakan helikopter untuk menggugurkan bahan penyahjangkit di...

John Cena Lamar Kekasih...

HABIS tercenggang kira-kira 65,000 penonton yang menyaksikan Wrestlemania 33 apabila penggusti terkemuka Amerika...

52 Rampasan Senjata Api...

KOTA BHARU - Kejayaan polis Kelantan merampas 52 pucuk senjata api sepanjang tiga...

Produktiviti Buruh Malaysia Pada 2016 Meningkat

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM78,218 pada 2016 berbanding RM75,548 sebelumnya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata prestasi itu, kurang sedikit daripada 3.7 peratus yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), disebabkan oleh ketidaktentuan pasaran keewangan dan keyakinan perniagaan.

Dua sektor utama yang menyumbang kepada petumbuhan berkenaan ialah pembuatan dengan paras produktiviti sebanyak RM106,647 (+1.4 peratus) dan perkhidmatan RM68,166 (+ 2.8 peratus).

“Sektor pertanian mencatatkan peningkatan pertumbuhan sebanyak 3.4 peratus pada RM55,486 berbanding -2.3 peratus pada 2015,” kata Mustapa, semasa melancarkan Laporan Produktiviti 2016/2017 di sini hari ini. Laporan berkenaan dikeluarkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) .

Kategori