Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kontrak: FAM, Maloney Belum...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengadakan pertemuan dengan Ketua Jurulatih Skuad...

‘Datuk’, 2 Rakan Dituduh...

BUTTERWORTH - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah...

Program Perkampungan Sunnah Di...

KANGAR - Program Perkampungan Sunnah, yang membicarakan intipati hadis, di Masjid Alwi Kangar...

Pelayan Restoran Dituduh Rogol...

KOTA KINABALU - Seorang pelayan restoran dituduh di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas...

Produk Madu Kelulut Di Halal Food Festival Oman

KUANTAN – Produk berasaskan madu kelulut seperti sabun, madu, kopi dan pil makanan tambahan yang diusahakan di sekitar Pahang akan dipasarkan di Halal Food Festival di Oman yang berlangsung selama enam hari bermula 18 Sept ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang Datuk Mohamad Zawawi Mahmud berkata ini termasuk produk hasil usaha sama projek madu kelulut antara SKM dengan sembilan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) di Bukit Goh di sini, sejak Jun 2015.

“SKM memberi bantuan sebanyak RM50,000 untuk KOBERA dan peruntukan itu dimanfaatkan KOBERA menerusi kerjasama dengan Konsortium Penyelaras Koperasi Negeri Pahang Berhad (KOSPEN) bagi megusahakan projek madu kelulut di Bukti Goh.

Hasilnya, sebanyak 200 koloni kelulut di kawasan seluas lebih dua hektar yang boleh menghasilkan 50 kilogram madu setiap bulan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Mohamad Zawawi berkata pengeluaran madu kelulut itu akan dipertingkatkan pada masa akan datang bagi menampung permintaan yang mencecah sehingga 100 kilogram sebulan.

“Permintaan yang tinggi ini menunjukkan pasaran madu kelulut dari Pahang mendapat tempat dan mempunyai potensi untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Mohamad Zawawi menambah KOSPEN juga telah mula mengagihkan lima peratus daripada keuntungan projek itu kepada KOBERA, yang merupakan koperasi yang dianggotai golongan miskin untuk membantu mereka keluar daripada paras kemiskinan.

Sehubungan itu, Mohamad Zawawi berharap pengagihkan keuntungan itu dapat meningkatkan lagi aktiviti KOBERA bagi menjana pendapatan dan aktiviti bernilai tambah yang lain.

Beliau menambah SKM juga menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi membuat kajian terperinci berhubung ketulenan madu di pasaran bagi mengelakkan insiden penipuan madu kelulut.

“Menerusi kajian itu, setiap produk madu yang dikeluarkan akan diberi kod bar bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan dan ini dapat menjadikan produk berasas madu kelulut sebagai identiti kepada Pahang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori