Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas Pematuhan PKPB...

PASUKAN Khas Operasi Pematuhan ditubuhkan bagi menggantikan penugasan di sekatan jalan raya (SJR)...

Video: Kapten Pesawat TransAsia...

JURUTERBANG pesawat syarikat penerbangan TransAsia diangkat dan dicanang sebagai wira atas usahanya mengelak daripada...

Albino Mangsa Ritual Jalani...

KANAK-kanak Albino yang telah dipotong lengan mereka di ritual sihir Tanzania kerana dianggap...

Puteri Brunei Palsu Didakwa...

Bangkok - Empat individu, termasuk seorang mendakwa puteri Sultan Brunei dituduh di mahkamah...

PRK K.Kangsar: 312 Anggota Polis layak Undi Awal 14 Jun

KUALA KANGSAR – Seramai 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Selasa depan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata proses pengundian awal itu akan diadakan di dua pusat pengundian, bermula 8 pagi.

Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

“Pusat pengundian awal di Dewan Tun Salleh akan dibuka pukul 8 pagi hingga 5 petang, seramai 292 pemilih layak mengundi.

“Pusat pengundian awal di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong pula dibuka 8 pagi hingga 2 petang, seramai 20 pemilih layak mengundi,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.


PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional, PAS, Amanah dan Bebas.

Seramai 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir) pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori