Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAS Tiada Masalah Jika...

KOTA BHARU : Pas menegaskan parti itu tidak mempunyai masalah sekiranya Pilihan Raya...

“Anak Emak Bersemangat Dah...

TULAR di media sosial video seorang bapa membimbing secara berhati-hati anak lelakinya melalui...

Turki Asing Mayat Aktivis...

ANKARA - Pmerintah Turki mewujudkan sebuah kawasan yang dinamakannya 'Tanah Perkuburan Penderhaka' khusus...

Aliran Trafik Ke Timur,...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik menghala ke Timur dan Utara dilaporkan perlahan dan...

Prestasi V Shem-Wee Kiong Diuji Lagi Di Terbuka Singapura

KUALA LUMPUR – Prestasi turun naik beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan sekali lagi menjadi tumpuan di Terbuka Singapura Rabu ini, selepas aksi hambar di Terbuka Malaysia yang berakhir hari ini.

Tanpa jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei, sandaran pastinya diletakkan kepada tiga acara beregu – lelaki, wanita dan campuran – untuk menghasilkan sesuatu di Singapura di kala cabaran perseorangan lelaki dan wanita nampak sukar.

Undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk kejohanan bermula 11-16 April ini, tidak menjanjikan laluan mudah buat V Shem-Wee Kiong apabila menentang beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin di pusingan pertama.

Berdasarkan rekod pertemuan, V Shem-Wee Kiong hanya menang sekali daripada tiga pertemuan mereka, dan ia tentunya bukan sesuatu yang melegakan selepas pasangan negara turut kecundang di pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Malah dua kejohanan terdahulu iaitu di Seluruh England dan Terbuka India, mereka sekadar mara sehingga ke suku akhir sahaja.

Satu lagi wakil negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan membuka cabaran menentang lawan yang mara dari pusingan kelayakan, dan jika melepasinya mereka dijangka berdepan pilihan keempat dari China, Li Junhui-Liu Yuchen

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula menarik diri berikutan kecederaan tangan yang dialami Liu Ying dan harapan terbaik tentunya disandarkan kepada Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kelapan dijadual menentang Bodin Isara-Savitree Amitrapai dari Thailand pada pusingan pertama.


Malaysia turut diwakili Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai yang akan menentang pasangan Australia, Sawan Serasinghe-Setyana Mapasa.

Beregu wanita diwakili Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen

Bagi perseorangan lelaki pula, hanya Zulfadli Zulkiffli menjadi wakil tunggal negara dalam undian utama dan akan membuka cabaran menentang Hsu Jen Hao dari Taiwan sebelum pilihan ketiga Viktor Axelsen menantinya di pusingan kedua.

Dua lagi pemain veteran, Chong Wei Feng dan Liew Daren pula akan mengharungi pusingan kelayakan.

Bekas juara dunia remaja perempuan, Goh Jin Wei pula berdepann tugas berat apabila harus menentang pilihan kedua, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan untuk aksi pembukaannya. – BERNAMA

Kategori