Presiden UAE, Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan Meninggal Dunia

46

ABU DHABI: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dilaporkan meninggal dunia, menurut laporan agensi berita WAM hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Arab News melaporkan, Kementerian Hal Ehwal Presiden mengutuskan ucapan takziah kepada rakyat dan dunia Islam atas pemergian Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan pada Jumaat, 13 Mei.

Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkata, UAE kehilangan pemimpin yang soleh.

Beliau berkata: “Pendirian, pencapaian, kebijaksanaan, kemurahan hati dan inisiatifnya ada di setiap sudut negara. Saudaraku, semoga Allah merahmatimu dan ditempatkan ke syurga”.

Kementerian mengumumkan 40 hari berkabung dengan bendera separuh tiang mulai hari ini.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai Presiden kedua UAE pada November 2004, menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.

UtusanOnline-