Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Jumpa Ketua Parti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam...

Sultan Ibrahim Ziarah Makam...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

‘Tentera Seksi’ Kecut Perut...

KUALA LUMPUR - Tampil dengan tema ‘malam tentera seksi’ bagi menarik perhatian pelanggan...

8 Bahagian Badan Manusia...

MELAKA - Polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia tidak lengkap di semak...

Presiden Tunisia Isytihar Darurat Di Seluruh Negara

PRESIDEN Tunisia, Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan menegaskan serangan militan Islam di sebuah hotel tepi pantai yang meragut 38 nyawa rakyat asing, kini menyebabkan negara di ambang perang.

Serangan berdarah minggu lalu, iaitu tiga bulan selepas serangan di Muzium Bardo di Tunis, mengejutkan negara Utara Afrika itu yang sedang melaksanakan demokrasi selepas insiden “Arab Spring” pada 2011 lalu, Undang-undang Sementara Darurat Tunisia memberikan kuasa kepada kerajaan untuk menggerakkan tentera dan polis bagi menangani mereka yang cuba mengadakan perhimpunan awam dan penahanan mereka yang ingkar.

“Berikutan risiko pengganas dan dalam konteks keselamatan serantau kami mengisytiharkan perintah darurat negara,” kata Essebsi dalam satu siaran televisyen. “Kami akan terus menangani ancaman yang boleh membawa peperangan dalam negara dengan menggunakan semua tindakan yang sesuai,” katanya.

Seorang lelaki bersenjata Tunisia yang dilaporkan pernah berlatih di kem jihad di Libya, melepaskan tembakan ke arah pelancong asing yang kebanyakannya warga Britain di sebuah resort di Sousse pada 26 Jun lalu.


Kejadian pembunuhan itu menjejaskan imej industri pelancongan Tunisia dengan ribuan pelancong meninggalkan negara itu serta menyebabkan kehilangan dianggarkan AS$500 juta kepada sektor yang menyumbang pendapatan tujuh peratus kepada ekonomi Tunisia. Pihak berkuasa sebelum ini juga bertindak menutup 80 masjid yang didakwa menyebarkan pengaruh ekstrim dan membantu merekrut anak muda menjadi militan.

Tunisia pernah mengisytiharkan darurat pada 2011 ketika kemuncak pemerintahan autokrat Presiden Zine el-Abidine Ben Ali yang mencetuskan pemberontakan rakyat. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori