Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lori Bawa Muatan Tong...

JOHOR BAHRU - Sebuah lori membawa muatan tong gas terbalik dan melintang di...

Bayar RM600 Untuk Pelamin...

SEORANG wanita meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pembekal...

MQA Rancang Nilai Semula...

PETALING JAYA - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bercadang menilai semula Rangka Kerja Kelayakan...

Bilangan Penganggur Malaysia Menurun...

PUTRAJAYA - Bilangan penganggur di Malaysia pada Februari 2022 menurun 1.3 peratus selepas...

Prasarana Intai Pasaran Abu Dhabi, Mumbai Dan Brunei

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd sedang meneroka peluang perniagaan di Abu Dhabi, Mumbai dan Brunei.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, syarikat berkenaan akan menawarkan kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas.

“Kita telah mula mengadakan perbincangan di negara-negara ini untuk meneroka peluang perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan kumpulan media dari Arab Saudi yang diketuai Presiden Agensi Berita Arab Saudi, Abdullah F Al Hussain.

Kumpulan media berkenaan tiba di negara ini sempena kunjungan rasmi pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud.

Dalam lawatan hari ini, kumpulan media berkenaan dibawa menaiki perkhidmatan transit aliran massa dan sistem transit aliran ringan laluan Kelana Jaya serta melawat depoh Prasarana di Subang.


Selain tiga negara berkenaan, Prasarana juga dijangka memuktamadkan kerjasama dengan rakan niaga dari Arab Saudi berkaitan penyediaan pengangkutan awam rel dalam masa terdekat.

Ketika ini, Prasarana menyediakan perkhidmatan bagi Sistem Metro Laluan Selatan Al Mashaaer Al Mugaddassah di Arab Saudi yang beroperasi selama tujuh hari dalam setahun ketika musim haji. – BERNAMA

Kategori