Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Terima Semula Jawatan...

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti...

Aduan SKMM Kini Boleh...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk...

Covid-19: Orang Ramai ‘Panik’...

SHAH ALAM - Peningkatan kes positif jangkitan koronavirus (Covid-19) di negara ini mencetuskan...

Salleh Said, Pandikar Amin...

KOTA KINABALU - Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan...

Pramugara Parah Kereta Dipandu Hilang Kawalan

SEREMBAN – Seorang pramugara cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Persiaran Ilmu, berhampiran Kompleks Sukan Nilai dekat sini, lewat malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Baharin Ayob Ghazally berkata dalam kejadian kira-kira 12.22 malam itu mangsa, B. Ambarasu, 25, yang memandu kereta jenis Produa Kelisa dalam perjalanan dari rumahnya berdekatan Mesamall menuju ke kompleks sukan berkenaan untuk berjumpa rakannya.

“Kenderaannya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terbalik sebelum melanggar sebatang pokok. Ketika bomba tiba, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Difahamkan mangsa merupakan seorang pramugara berdasarkan maklumat daripada kenalannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Baharin berkata mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan dada telah menerima rawatan awal daripada pihak bomba sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi rawatan lanjut. – BERNAMA

Kategori