Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Reaksi Budak Lelaki Apabila...

OHHH tidak...gambar ini menunjukkan reaksi seorang budak lelaki berusia enam tahun apabila dimaklumkan oleh...

Kerajaan Peruntuk RM565 Juta...

JOHOR BAHRU - Kerajaan memperuntuk RM565 juta menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Negara bagi...

Reman Guard Kelar Pelajar...

GEORGE TOWN - Pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan...

Pemandu Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang...

PPM Tahan Lelaki Warga Emas Miliki Syabu

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga emas selepas dipercayai memiliki dadah jenis Syabu, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah Empat Semporna, ASP Safardi Abd Samad berkata PPM menahan dan memeriksa sebuah bot dijuragani seorang warga emas berusia 61 tahun di perairan Tangkaloh kira-kira 5.50 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot dan suspek, PPM menjumpai satu peket sederhana besar lutsinar ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu seberat empat gram, satu gulung kerajang aluminium dan satu telefon bimbit di dalam beg sandang pada juragan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Safardi berkata ekoran penahanan itu polis turut merampas sebuah bot, sebuah enjin sangkut, satu gelen minyak dengan nilai rampasan RM13,210. – BERNAMA

Kategori