Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Imam Besar Al-Azhar Dijemput...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menjemput Iman Besar Al Azhar Al Sharif, Prof...

Dr Afifi Undur Diri...

IPOH : Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima permohonan Datuk Dr Afifi...

Hanya Kerana Minum Dalam...

TINDAKAN seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah minum air di dalam kelas...

Takrif Miskin Bandar Perlu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengkaji semula takrif atau ukuran pendapatan isi rumah...

PPM Rampas 7 Kerbau Cuba Diseludup Keluar Dari Tawau

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas tujuh ekor kerbau dipercayai cuba diseludup keluar dari daerah ini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua kerbau itu dirampas dalam sebuah kapal kayu semasa pasukan keselamatan berkenaan membuat rondaan di perairan Sungai Tanjung Batu kira-kira 9.30 malam.

“Semasa operasi itu, pasukan peronda terserempak dengan sebuah kapal kayu yang mencurigakan dinaiki dua lelaki berusia 33 dan 42 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemui tujuh ekor kerbau hidup yang diakaui milik salah seorang penumpang kapal berkenaan dan dipercayai cuba dibawa keluar ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini,

Mohamad berkata siasatan mendapati pemilik kerbau itu gagal menunjukkan sebarang permit atau dokumen sah untuk membolehkan mereka membawa haiwan tersebut ke negara jiran.


Beliau berkata kedua-dua lelaki dan kerbau itu dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Mohamad berkata pihaknya akan terus komited membanteras sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori