Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Man Botak Diburu Bantu...

SEREMBAN - Polis sedang mengesan dan memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Man...

Tingkap Kokpit Pecah, Pesawat...

TINGKAP kokpit yang pecah secara tiba-tiba menyebabkan sebuah pesawat membawa 128 orang membuat...

Menantu ‘Gila’ Sanggup Simbah...

MELAMPAU dan sangat tidak berperikemanusiaan!Seorang lelaki berusia 20-an sanggup memukul bapa mentuanya menggunakan...

Peniaga Dalam Talian Wajib...

MELAKA - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang...

PPDNKK Kedah Rampas 3,400 Liter Diesel Lebih RM6,000

BUKIT KAYU HITAM – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 3,400 liter minyak diesel bernilai lebih RM6,000 dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian di sini, hari ini.

Ketua Penguatkuasanya, Shahrudin Hamzah berkata serbuan hasil maklumat awam kira-kira 2 petang tadi mendapati premis yang beroperasi sejak setahun lepas itu menyimpan minyak diesel secara haram.

Beliau berkata hasil pemeriksaan juga mendapati lesen menyimpan barangan kawalan milik seorang lelaki tempatan berusia 30-an itu telah tamat tempoh pada Ogos tahun lepas.

“Lelaki terbabit gagal memperbaharui lesen menyimpan barangan kawalan dan ia menjadi satu kesalahan kerana menyimpan barangan kawalan itu tanpa lesen. Kita bimbang ia akan disalahgunakan untuk tujuan penyeludupan,” katanya pada
sidang media di sini hari ini.

Shahrudin berkata pemilik premis tersebut akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM2 juta.


Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menyerbu sebuah lagi gudang menyimpan minyak di kawasan tersebut dan mendapati pemiliknya gagal mengemaskini buku stok petrol dan diesel.

Beliau berkata pihaknya merampas buku tersebut untuk tindakan lanjut mengikut Peraturan 13(1) Perintah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Negeri ini berdekatan dengan sempadan dan pihak kami sentiasa memantau premis yang menyimpan petrol dan diesel agar tidak berlaku penyeludupan ke negara jiran Thailand,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yZKRheXO38w[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori