Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunku Mahkota Johor Bertemu...

KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan...

Scott Sunderland Menang Peringkat...

KUALA TERENGGANU - Pelumba Australia, Scott Sunderland daripada IsoWhey Sports SwissWellness Cycling Team...

Kes HFMD Di Kedah...

ALOR SETAR – Kedah mencatatkan sebanyak 790 kes baharu penyakit tangan, kaki dan...

Harimau Malaya Perlu Waspada...

NILAI — Skuad Harimau Malaya perlu berwaspada dengan kekuatan pasukan Myanmar yang mempunyai...

PPBM Guna Nama, Slogan Bersatu – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menggunakan nama dan slogan BERSATU mulai hari ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi bersetuju untuk​​​​​​ menggunakan “BERSATU” yang sebelum ini tidak boleh digunakan kerana terdapat halangan dan bantahan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“PPBM akan guna nama dan slogan BERSATU kerana dulu tidak boleh sebab ada bantahan pihak berkuasa..tapi sekarang kuasa pada kita dan kita buat perubahan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi parti di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor hari ini.

ROS pada tahun lepas telah mengeluarkan perintah pembubaran sementara parti berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada PPBM.

Melalui perintah itu, PPBM tidak boleh menggunakan nama dan logo parti dalam tempoh perintah pembubaran sementara itu serta tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan parti.

ROS mengeluarkan notis supaya parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan, termasuk minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat.


ROS juga mahu meneliti penyata kewangan parti bagi melengkapkan siasatan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota parti terbabit.

PPBM pada tahun ini dilapor telah menyerahkan maklumat serta dokumen yang diminta ROS.

Dalam sidang media ringkas itu juga, Dr Mahathir yang juga perdana menteri berkata kepimpinan parti telah mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung keanggotaan beberapa anggota parti yang didapati telah mensabotaj dan merosakkan imej parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Kita tidak akan dedahkan siapa dan jumlah yang diambil tindakan. Antara mereka pernah membuat sidang akhbar memburukkan keadaan dalam parti. Ada juga yang digantung , tidak dibuang terus,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori