Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MH17: 30 Jenazah Rakyat...

SEPANG - Sebanyak 30 jenazah rakyat Malaysia sudah dikenal pasti selepas ujian DNA...

Mengapa Sampai Membunuh Bila...

KUALA LUMPUR - Kes seorang ibu tunggal beranak empat yang dibunuh oleh kekasihnya...

Sultan Nazrin Titah Bendera...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan agar semua bendera...

Jawatankuasa Khas Kaji Turunkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji menurunkan kos urusan haji menerusi penubuhan jawatankuasa...

Pos Malaysia Lancar Edisi Ke-3 Setem Festival Makanan

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan setem ‘Siri Makanan Perayaan’ edisi ketiga bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata siri setem khas itu yang boleh didapati bermula 6 Jun ini, menampilkan pelbagai juadah tradisional yang biasa dihidang masyarakat Melayu ketika musim perayaan.

“Siri ini mengetengahkan tiga rekaan iaitu Kek Raya Kepala Meja, Kuih Pelita dan Agar-agar (60sen), Ketupat dan Sate (80sen) serta Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan Serondeng (90sen),” katanya sambil menambah kata terdapat antara 100,000 dan 200,000 keping yang mengandungi 100 setem bagi setiap rekaan.

Selain itu, beliau berkata Lembaran Mini berbentuk bulat dengan tebukan yang memaparkan pelbagai jenis sajian pemanis mulut seperti biskut dan manisan, turut dijual pada harga RM5.30.

Pos Malaysia hanya mencetak 30,000 Lembaran Mini, katanya.

“Produk filateli lain seperti Sampul Surat Hari Pertama (FDC) termasuk risalah percuma dijual RM0.55 sen setiap satu. FDC berserta tiga setem dijual RM2.95, manakala FDC bersama lembaran mini berharga RM5.85.

Folder juga boleh didapati pada harga RM6.35 setiap satu dan hanya dicetak 1,800 keping,” kata Diyana sambil menambah set lengkap koleksi Siri Makanan Perayaan Melayu ini dijual pada harga RM69.20 setiap satu.


Beliau berkata antara aspek unik siri ini adalah ‘Setem Ku Ucapan’ yang boleh didapati mulai hari ini hingga 2 Julai.

“Setem Ku Ucapan membolehkan orang ramai menulis ucapan dan menghantarnya kepada mereka yang tersayang. Ia berharga RM21.20 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta boleh didapati di pejabat pos terpilih atau dalam talian di laman www.eziemall.com,” katanya.

Menurut beliau, terdahulu Pos Malaysia mengeluarkan dua siri setem makanan perayaan bermula dengan siri makanan perayaan Cina pada Januari dan diikuti dengan makanan tradisi masyarakat Kadazandusun dan Dayak pada Mac lepas.

“Kami akan keluarkan siri setem makanan perayaan India juga, jadi peminat setem bolehlah dapatkannya nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori