Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Sanusi Dipindah Ke...

SELAYANG: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, mengosongkan tarikh perbicaraan membabitkan dua...

Bekas Pemain Bola Sepak...

PUTRAJAYA - Bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan reman selama tujuh hari bagi...

Aksem Kedah Rampas Rokok...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas pelbagai jenis rokok...

Kerajaan Jamin Adakan Sidang...

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera diadakan apabila tiba masanya.Menteri...

Portugal Tak Bergantung Pada Ronaldo – Santos

SARANSK – Jurulatih Portugal, Fernando Santos menolak dakwaan pasukan itu terlalu bergantung harap kepada Cristiano Ronaldo dan berkata setiap pemain berusaha keras bagi memastikan mereka memainkan peranan masing-masing menjelang pertemuan Kumpulan B menentang Iran, Selasa ini.

Santos juga menegaskan juara Eropah itu perlu menang apabila turun bertemu pasukan dari Timur Tengah itu.

Portugal dan Sepanyol yang masing-masing menewaskan Maghribi kini berkongsi empat mata dan hanya memerlukan keputusan seri bagi mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Namun Iran yang mempunyai semangat juang tinggi serta dibimbing bekas jurulatih Portugal, Carlos Queiroz turut mempunyai peluang jika diambil kira prestasi mereka ketika tewas tipis 0-1 kepada bekas juara dunia Sepanyol.

Portugal dilihat terlalu bergantung harap kepada Ronaldo di Rusia setakat ini.

Dia menjaringkan empat gol termasuk hatrik ketika seri 3-3 menentang Sepanyol.

Jaringan Ronaldo ketika bertemu Maghribi meletakkannya sebagai penjaring utama sepanjang zaman di peringkat antarabangsa setakat ini.


Santos berkata, dia tidak bimbang dengan apa yang Queiroz tahu mengenai Ronaldo dan percaya setiap pemain mempunyai fungsi masing-masing.

“Ia akan dapat disaksikan dengan jelas apabila Portugal bertemu Iran. Ia bukan jurulatih yang bermain dan bukan juga mengenai Cristiano Ronaldo yang turun menentang seseorang. Ia adalah satu pasukan yang akan menentang Iran,” katanya.

Biarpun mengumpul empat mata, Portugal terpaksa bergelut untuk mencapai prestasi terbaik mereka setakat ini di Rusia dan aksi mereka seharusnya lebih baik. Mujur sepakan percuma, Ronaldo menyelamatkan maruah pasukan itu apabila seri menentang Sepanyol dalam perlawanan sebelum ini.

Santos bagaimanapun memuji Iran ‘sebagai sebuah pasukan terbaik Asia’ dan meramalkan satu pertemuan sengit di Saransk. – Reuters

Kategori