Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Osama Yamani Mahu Ikut...

KUALA LUMPUR - Melihat kemunculan anak sulung Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah iaitu...

Petugas TH Diseru Kekalkan...

MAKKAH - Petugas Tabung Haji (TH) bagi operasi haji 1439H diseru untuk mengekalkan...

Video: Pemandu Myvi 2...

PETRAJAYA - Bagaikan adegan filem 'Fast & Furious', seorang lelaki dan wanita gigih...

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam...

Petikan Page Viral Posts (FB)ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Polis Turunkan Lebih 1,700 Iklan ‘Ah Long’ Sekitar Ipoh

IPOH – Polis Perak hari ini menurunkan 1,720 iklan pemberi pinjaman tanpa lesen atau ‘Ah Long’ menerusi operasi khas di beberapa kawasan bagi membanteras aktiviti peminjaman wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Supt. Lee Ewe Kiang berkata operasi dijalankan di sekitar Ampang, Kampung Tawas, Ipoh Garden dan Kampung Simee itu melibatkan 10 anggota polis dan 15 kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Operasi bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir 11.30 tengah hari tadi tertumpu kepada poster iklan Ah Long yang dipasang atau dilekat di pokok, tiang lampu, lampu isyarat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengesan Ah Long terbabit menerusi nombor telefon yang dipaparkan pada iklan tersebut untuk tindakan lanjut.

“Sukar untuk polis mengambil tindakan ke atas ceti haram ini kerana mereka letak nama samaran di iklan selain menggunakan nama orang lain untuk mendaftar nombor telefon dengan syarikat telekomunikasi,” katanya.


Menurut Lee, operasi menanggalkan iklan pinjaman wang haram tersebut giat dijalankan bagi mengelakkan orang ramai terpedaya dengan pinjaman yang ditawarkan.

“Setakat ini, tidak banyak aduan mengenai kes ceti haram ini di Perak. Bagaimanapun, orang ramai diminta hanya membuat pinjaman mengikut prosedur yang sah,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai membuat laporan polis sekiranya diugut oleh ceti haram bagi mengelak perkara buruk berlaku selain memudahkan polis mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori