Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Air: Azmin Ali...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan tindakannya...

Bayaran Fasa 3 Bantuan...

Kuala Lumpur : Pembayaran Fasa 3 Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebanyak RM300 akan...

Wanita Culik Bayi Dipenjara...

SEORANG wanita yang telah menculik seorang bayi ketika dia berusia tiga hari, dan membesarkannya...

Jenazah Pelajar Tahfiz Dikebumikan...

BATU PAHAT - Jenazah pelajar tahfiz Muhammad Wafiq Mohd Noor, 17, yang lemas...

Polis Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Di Besut

BESUT – Polis berjaya melumpuhkan satu kumpulan sindiket curi kereta dan lori dengan penahanan lima lelaki berusia di antara 17 dan 30 tahun dalam operasi selama dua minggu bermula 14 Julai lalu di sini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah memberitahu semua suspek merupakan penagih dadah jenis Amphetamine manakala dua daripada mereka pula mempunyai enam rekod jenayah dan dikehendaki polis.

Katanya dengan penangkapan itu polis menemui semula tiga buah kereta yang satu daripadanya hanya tinggal rangka, sebuah pacuan empat roda dan tiga buah lori yang dikaitkan kehilangannya dari beberapa kawasan termasuk di Beserah dan Jaya Gading, di Kuantan, Pahang; Ayer Jernih, Kemaman, Cabang Tiga di Terengganu; dan Kubang Kerian, Kelantan sebelum ini.

“Kejayaan polis menangkap kesemua suspek berpunca daripada penangkapan suspek pertama berumur 30 tahun pada 14 Julai lalu di kawasan pekan Pasir Akar, Hulu Besut sebelum membawa kepada penemuan kenderaan-kenderaan curi di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.


Menurutnya, siasatan polis mendapati kereta-kereta curi itu digunakan oleh suspek dalam kegiatan jenayah manakala lori pula digunakan dalam kegiatan mengangkut kayu curi dari hutan di Hulu Besut.

Katanya penangkapan itu merupakan kejayaan besar bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dalam menyelesaikan kes kecurian kenderaan sepanjang tahun ini. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori