Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasukan Perubatan Dihantar Ke...

ALOR SETAR – Pasukan perubatan akan dihantar ke setiap pusat pemindahan banjir untuk...

India Pecah Rekod Dunia...

NEW DELHI - Sekumpulan enam perenang di India berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila...

167 Kanak-kanak Terkorban Di...

KYIV: Sekurang-kurangnya 167 kanak-kanak terkorban di Ukraine termasuk dua lagi dalam tempoh 24...

Penerbangan Pertama Rayani Air...

SEPANG - Syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan...

Polis Tidak Sertai Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu ‘Sehati Sejiwa’.


Semalam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.

Susulan itu juga, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang telah mengarahkan semua sekolah di negeri itu supaya tidak menyertai sebarang sambutan dan perarakan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Pendidikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori