Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Program ‘Trim And Fit’...

KUALA LUMPUR - Program 'Trim and Fit' yang dilancarkan bagi menangani masalah obesiti...

Samun Guna Pisau Pemotong...

SEORANG pekerja kedai serbaneka 7-Eleven berdepan detik cemas apabila disamun penjenayah yang menggunakan pisau...

1MDB Nafi Dihubungi Mana-Mana...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan bahawa ia belum dihubungi mana-mana...

Pelancong Malaysia Ditemui Mati...

BANGKOK - Seorang pelancong Malaysia ditemui mati di dalam biliknya di Phuket semalam,...

Polis Terengganu Tahan 28 Suspek Dalam Op Pau

KUALA TERENGGANU – Seorang kakitangan awam antara 28 orang yang ditahan dalam operasi khas membanteras kutu rayau dan pemeras ugut yang dijalankan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata Op Pau itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Hentian Bas Majlis Daerah Kuala Terengganu (MBKT), Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Terengganu dan sekitar Hotel Grand Puteri.

Menurut beliau, penjawat awam berumur 43 tahun itu ditahan bersama rakannya dan hasil pemeriksaan turut menemui dua peket kecil dadah dipercayai syabu yang disimpan di dalam poket seluar.

“Saringan air kencing juga mendapati penjawat awam yang sudah beristeri dan mempunyai tiga anak itu positif syabu.

“Operasi ini dijalankan selepas terima maklumat daripada kerajaan negeri dan pemantauan laman sosial Facebook mengenai kegiatan peras ugut (pau) oleh kaki rayau dan penagih dadah di sekitar kawasan operasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Oleh itu, kita mengambil langkah segera dengan mengerahkan tiga pasukan yang terdiri daripada lapan pegawai dan 60 anggota untuk menyerbu dan membersihkan kawasan tersebut daripada anasir-anasir yang menakutkan orang ramai,” katanya kepada pemberita di IPD Kuala Terengganu semalam.

Menurutnya, tangkapan itu juga melibatkan sepasang suami isteri dan dua rakannya yang baru selesai mengambil dadah di sebuah pondok buruk yang dijadikan ‘port’ untuk melepaskan gian.


“Selain itu, polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia yang dikehendaki polis berhubung kes penipuan transaksi wang bank.

“Pihak kami sentiasa mengambil berat tentang keselamatan orang awam. Oleh itu kita nasihatkan supaya lebih ramai mangsa tampil membuat aduan sekiranya berlaku kes-kes seperti peras ugut dan sebagainya yang boleh menimbulkan ketakutan dan kebimbangan.

“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti memeras ugut di tempat awam juga boleh membuat aduan di balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan segera dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Kategori