Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Barat...

Yang Dipertua Dewan Negara...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan...

SEGAMAT - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan jaminan penghantar surat,...

Infrastruktur Pendidikan Di Sarawak...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan akan memastikan infrastruktur sekolah yang perlu dinaik taraf di...

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Kepong

KUALA LUMPUR — Polis menembak mati seorang penjenayah warga Indonesia yang merompak sebuah kafe siber di Taman Fedeson, Kepong, di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata sebelum kejadian itu, dua anggota detektifnya sedang membuat rondaan di kawasan itu dan ternampak seorang lelaki lingkungan 20-an yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki yang menaiki motosikal jenis Suzuki RG tanpa nombor pendaftaran dan berpakaian gelap serta memakai topi keledar muka penuh warna hitam itu, kemudian memasuki sebuah kafe siber.

“Polis kemudiannya mengekori suspek memasuki kedai berkenaan dan mendapati lelaki terbabit telah mengacukan sepucuk pistol kepada seorang wanita penjaga kedai itu dan merompak wang dari kaunter.

“Melihat keadaan itu, anggota saya memberi amaran kepada suspek tetapi lelaki terbabit pula terus mengacukan senjata api kepada polis yang menyebabkan salah seorang anggota terpaksa melepaskan tembakan dan terkena bahagian dada suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Katanya, hasil siasatan polis mendapati di dalam beg sandangnya mengandungi wang tunai yang disamun dan jumlahnya masih disiasat, selain pasport milik suspek.

“Ini merupakan kejadian kali kedua kawasan di sekitar itu disamun sejak bulan lalu tetapi kali ini melibatkan premis internet.

Ekoran daripada kes samun pertama yang lalu, saya sentiasa kerapkan rondaan di sekitar Taman Fedeson,” katanya sambil menambah mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. — BERNAMA

*gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori