Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Varian B.1.617.1 Tersebar Ke...

KUALA LUMPUR - Varian mutasi berganda, B.1.617.1 yang mula ditemui di India, kini...

Surat Mohon Usul Bahas...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan telah menghantar...

Cadangan Wujudkan Jabatan Media...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) akan mempertimbang cadangan mewujudkan Jabatan Media...

“Ada Yang Cemburukan Saya...

PETALING JAYA - Pelakon Amar Baharin mendedahkan ada pihak yang cemburu terhadap hubungan...

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Jalan Bukit Puchong

SHAH ALAM – Seorang lelak berusia 30-an dipercayai warga asing mati ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Puchong dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, kejadian kira-kira 3.50 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis yang melakukan rondaan jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan dua lelaki di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan rondaan terdiri daripada tiga anggota polis kemudian mengarahkan suspek yang ketika itu berada di tempat duduk pemandu supaya memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan, namun arahan itu tidak diendahkan apabila mereka memecut kereta tersebut sebelum terbabas di bahu jalan.

“Dalam kejadian itu, rakan suspek sempat melarikan diri manakala suspek pula melepaskan satu das tembakan ke arah polis dan sebagai tindakan mempertahankan diri, anggota polis membalas tembakan sehingga mengenai badan suspek,” katanya kepada pemberita selepas mengadiri program lawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ke Hospital Shah Alam, sempena sambutan Hari Polis ke 210 di sini.

Menurut Abdul Samah, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan sepucuk senjata revolver Smith & Wesson dengan dua butir peluru hidup, sebilah parang dan dua plat nombor pendaftaran kereta palsu.


Beliau berkata polis belum dapat mengenal pasti identiti sebenar suspek berikutan tiada dokumen pengenalan diri yang ditemui padanya.

“Kita juga akan menyemak apa juga penglibatan suspek dalam sebarang aktiviti jenayah di sekitar kawasan Jalan Bukit Puchong selain turut giat menjejaki rakan suspek yang masih lagi bebas yang juga dipercayai warga asing.

“Polis sebelum ini menerima banyak laporan berkaitan kejadian samun yang dilakukan pada awal pagi di kawasan yang sama,” katanya – BERNAMA

Kategori